Friday, September 21, 2012

RAHSIA COKLAT BUATAN TANGAN



7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Sekarang...

 Anda boleh bermula dengan Kos dan risiko yang minimum.
 Tiada Sijil dan Kelayakan diperlukan.
 Menjana Kreativiti anda & Dapat duit daripadanya!
 Bekerja Dari Rumah. Jadi Bos anda sendiri.
 Kadar Keuntungan yang tinggi. Ia mencecah 300% daripada kos anda!
 Buat kerja yang anda suka ...coklat..hmmm sedapnya.
 Cari Duit Tambahan untuk keluarga. Jadi tak lah mengharapkan suami je.
Jangan buat alasan lagi. Perniagaan coklat sememang perniagaan yang cukup mudah walaupun anda bekerja makan gaji atau sekadar surirumah.Kini telah ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi?

Kini lebih daripada 700 orang telah mendapatkannya dan berjaya!Membuat Coklat Homemade ini sebenarnya sangat mudah. Malah ada pelanggan saya menyerahkan pembuatan coklat homemade ini kepada anaknya yang berusia 12 tahun





Coklat Buatan Tangan Adalah Satu SeniBentuk coklat buatan tangan adalah pelbagai dan mempunyai bentuk tertentu bergantung kepada acuan. Ini yang menjadikan coklat buatan tangan unik. Kebiasaannya ia dalam bentuk coklat bar, berinti, bersalut dan sebagainya.Ia juga boleh ditambah perisa jika anda mahu.Adakah kita perlu buat coklat dari biji koko?Jangan salah anggap. Coklat buatan tangan bukannya membuat coklat dari biji koko. Ia sebenarnya mengunakan coklat yang separa siap. Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan iaitu

Coklat Couverture atau Coklat Tulen
Coklat Compound
Yang mana paling sedap? Sudah tentu coklat tulen. Ia jauh berbeza dengan coklat yang anda beli dikedai. Cara pembuatannya juga lebih sukar dan agak cerewet. Cara untuk membuatnya akan ditunjukkan dalam pakej BuatCoklat.com ini.
Sebab itulah harga bagi sesetengah coklat buatan tangan lebih mahal berbanding dengan coklat yang anda beli di kedai.
Apa yang saya suka tentang Coklat Buatan Tangan..
Permintaan tinggi dari peminat coklat
Sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran
Kadar Keuntungan yang tinggi
Khasiat untuk kesihatan terutamanya jantung
Halal
Jika anda juga seorang peminat coklat, anda kini juga boleh memulakan perniagaan coklat buatan tangan anda dari rumah anda.
Belajar cara untuk membuat coklat buatan tangan kini menjadi semakin mudah. Anda tidak lagi perlu menghadiri kursus yang mahal hanya untuk belajar cara membuat coklat. Sesiapa sahaja boleh belajar dengan mudah hanya daripada rumah. Kosnya juga lebih murah dan berpatutan.










TQ Puan Shidah, e mail puan datang tepat pada masanya. semalam saya deliver produk pertama saya ( Box of 35 with 10 aluminium wrap at RM45) untuk pelanggan pertama saya selepas saya menghantar flyres di condo kawasan berdekatan hujung minggu baru ni . ( Ampang)Tak sangka banyak sms untuk V day ( saya terpaksa tolak ) dan ada yang call minta quote untuk wedding 500 box of 4 !!...( saya masih belum berani ambil tempahan besar ) so I told her that my hands are full at the moment.

Ada yang call tanya if saya boleh buat lollichoc pagi tadi ,so saya surf web for idea dan cuba buat andaian sendiri macamana nak masukkan warna. ( ingat nak try out sendiri dulu pakai logic akal) ..tak sangka bila buka e mail petang ni Puan Shidah dah ada download for lillichoc ( jimat masa saya) ...TQ...tapi maybe saya tak ambil order yang tu dulu...sekarang ni saya boleh peruntukkan 2 jam je ( 10-12pm) utk aktiviti ni sebab sibuk dengan persekolahan anak2 waktu siang..

Saya sebenarnya baru meletak jawatan yang bergaji lumayan di Menara Petronas setahun lalu demi anak yang menduduki exam penting....Alhamdulillah buat masa ni saya tak terbuka hati untuk kembali kerja makan gaji walaupun ada panggilan...tak sampai hati nak tinggalkan anak2 macam dulu lagi dan nampaknya suami pun happy anak2 saya yg 4 orang ( 13, 10, 6, 1) terjaga baik berbanding dengan masa guna maid dulu....Alhamduliilah rezki Allah melalui suami makin bertambah dan sekarang ada skill baru buat coklat...Idea business coklat ni timbul apabila terserempak dengan rakan pergi Mekah musim haji tahun lepas yang sedang cari Riben untuk kotak coklat di pasaraya ...borak sikit about her business dan mungkin Allah gerakkan hati ni untuk belajar buat coklat so saya jumpa buatcoklat.com...saya pun memang minat memasak dan agak berseni jugalah...hehe and Alhamdulillah cubaan pertama ikut tunjuk ajar puan menjadi dengan jaya ...keluarga saya suka yang ada filling peanut butter dengan bubble rice ...3 hari dah habis 1 kilo makan sendiri ( we love dark choc) ...hehe....saya hantar flyers pun sekadar nak test market..tak sangka betul sambutan sangat baik....dan husband kata why not cuba memandangkan saya minat....Terima Kasih Puan Shidah...semoga usaha diberkati Allah...p/s :Attach gambar box of 9 yang saya buat untuk jiran...




Tempahan anda akan dipos dalam masa 3 hari bekerja. Seterusnya, ia bergantung kepada kepantasan kakitangan Pos Malaysia di tempat anda.
Sekarang anda tiada alasan untuk tidak memulakan perniagaan coklat buatan tangan anda sekarang. Segalanya telah disediakan untuk anda bermula dengan pantas.
Mulakan perniagaan coklat anda sekarang!
Ikhlas Dari Saya,

www.buatcoklat.com
P.S: Tahukah Anda kos bagi menghadiri Bengkel Pembuatan Coklat Buatan Tangan AdalahRM250! Anda akan menjimatkan RM150 daripada duit anda dan anda boleh gunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan membuat coklat seperti acuan dan coklat.
P.P.S: Tawaran ini sangat terhad. Dapatkan segera sebelum harga dinaikkan. CD akan dihantar dalam masa 2 hari mengunakan pos ekspress. Dapatkannya Sekarang!
P.P.P.S: Anda boleh jadi kawan saya di Facebook. Semoga kita akan terus berkawan!

Sunday, October 23, 2011

MARI MEMBACA AL QURAN


Setiap hari selepas solat insyaAllah kita akan membuka sebuah kitab bernama Al-Quran untuk dibaca….segala puji bagi Allah yang membuka hati dan meringankan anggota badan kita untuk membaca kitab peninggalan Rasulullah SAW itu…ramai di antara kita yang kadang2 gagal mencari walaupun sekadar 5 minit untuk duduk dan membacanya….kesibukan beginilah yang sebenarnya mampu mematikan jiwa kita…meletakkan pembacaan Al-Quran pada tempat yang kurang kepentingannya menjadikan kita tidak ambil berat tentang Al-Quran itu…berusahalah untuk mencari masa membaca Al-Quran kerana insyaAllah ianya akan menjadi teman penolong kita di akhirat kelak….ameen…

Namun,apa yang Damai nak tekankan kali ini adalah pada ketepatan bacaan kita….masih ingatkah kita pada hukum tajwid yang kita pelajari dulu di waktu sekolah?...

Nun mati bertemu fa…apa hukumnya?...bagaimana bacaannya?...

Mim mati bertemu ba...bagaimana keadaan bibir kita membacanya?...

Mad jaiz munfasil berapa harkat bacaannya?...apa yang membezakannya dengan mad wajib mutasil?....

Bagaimana bacaannya pula apabila hukum tanuwin bertemu dengan perkataan yang mempunyai hukum alif lam?...

Fahamkah kita pada semua jenis tanda wakaf yang ada di dalam Al-Quran itu?

Sudah arifkah kita akan semua itu?

Alhamdulillah jika kita sudah tahu....tetapi andai belum tahu,masih belum terlambat untuk belajar......dan hal2 ini wajib untuk kita tahu kerana kalau kita tersalah baca,sudah mendatangkan dosa pada kita...lebih2 lagi ketika di dalam solat....sudah tercemar sedikit sebanyak pahala solat kita andai bacaan kita tidak sempurna....nauzubillah...

Bandingkanlah bacaan kita dengan bacaan adik2 kita yang masih di sekolah itu....siapa yang lebih fasih bacaannya?....malunya kalau kita yang sudah boleh berkahwin ini masih merangkak2 membacanya Al-Quran....hendak menghabiskan satu muka pun susah.....tapi bila disuruh menyanyikan apa2 lagu,laju pula....aduhai,minta dijauhkan dari perkara sebegini....

Sebagaimana bersungguhnya kita lihat pelajar2 AF belajar cara penafasan dan sebutan yang betul ketika hendak menyanyikan lagu...begitulah juga sewajibnya kita lakukan dalam mendalami segalanya tentang Al-Quran....

Muhasabah diri balik...ambil masa beberapa minit...duduk bersama Al-Quran....dengar setiap sebutan yang kita lafazkan....betulkan mana yang tidak betul....perbaiki mana yang kita lemah...jangan malu bertanya pada sahabat2 hukum2 tajwid yang kurang kita tahu.....bila bacaan betul,barulah secara automatik,bacaan akan jadi lancar dan tidak tersekat2....dan barulah hati kita dapat rasakan ketenangan yang lahir dari keberkatan Al-Quran itu....

Jangan ambil mudah perkara2 berkaitan Al-Quran....dengan bacaan ayat2 al-Quran lah khalifah agung Umar ibn Khattab memeluk Islam....hatinya yang keras itu dapat dilembutkan hanya dengan alunan ayat2 dari Al-Quran....moga kita juga akan dilembutkan hati dengan Al-Quran...insyaAllah

~~ ayuh latih diri untuk membaca Al-Quran sekurang2nya satu makra’ setiap kali selesai menunaikan solat fardhu yang lima itu....semoga berjaya ^^ ~



halaman seterusnya......

TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI.,

Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam  ADIL Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami. Sabda Rasulullah SAW: (Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri.

Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia. PEMIMPIN Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya. Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya. Firman Allah Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya. (An-Nisak:34) NAFKAH Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Firman Allah “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” (Al-Baqarah:233) Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya. Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya. PELINDUNG Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara: Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. (at-Talaq :6) Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik. Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW: Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance. Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan.

 Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah. Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri. MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

baca seterusnya.....

TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI

TAAT Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad) Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri.

Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal) Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting. MELAYAN SUAMI Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya.

Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah) Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya. MENGURUS RUMAHTANGGA Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu.
Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam. Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya.

 Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak,
maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka. 

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
 Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku. Firman Allah: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia. MENYENANGKAN HATI SUAMI Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu. Dalam pepatah Arab ada menyebut: Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis. (Imam al-Ghazzali) Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami. Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya: O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words. (Imam al-Ghazzali)

 PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
 Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya. Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad.

 Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi. Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan. pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

tanggungjawab suami pula ......

Sunday, September 25, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI


> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

SEJARAH AD-DAJJAL


SEJARAH AD-DAJJAL
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A’lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...