Monday, September 30, 2013

4 AMALAN RASULULLAH S.A.W

4 amalan Rasulullah s.a.w setelah bangun dari tidur.

1) Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda s.a.w akan menyapu mukanya dengan tangan. Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.
Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah s.a.w bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan, kemudian baginda s.a.w membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)

2) Baginda s.a.w berdoa yang bermaksud: Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)

3) Baginda s.a.w terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna. Dalam sebuah hadis yang bermaksud: Apabila Rasulullah s.a.w bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)

4) Baginda s.a.w akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Rasulullah s.a.w telah berkata: Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)

Jom sahabat semua kita sama-sama istiqamah amalkannya, semoga hidup kita diberkati & dipelihara serta dibuka seluasnya pintu-pintu rezeki. Amiin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...