Monday, September 30, 2013

RENUNGKAN SEJENAK

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

*silakan share*


p/s : Bila dah cukup sedia boleh lah tunaikan kewajipan kita.

HIMPUNAN HADIS DAN AYAT SUCI AL QURAN

Seperti yang kita tahu, Nabi Adam a.s adalah merupakan Bapa semua manusia. Kita ini adalah cucunya. Adalah wajar dan harus untuk kita mengetahui asal usul dan proses kejadian manusia. Adam a.s adalah ciptaan Allah SWT yang sungguh cantik. Kecantikannya tidak dapat menandingi makhluk2 lain yang Allah ciptakan. Begitu juga isteri Nabi Adam. Kecantikan isteri Nabi Adam menyebabkan seluruh malaikat dan penghuni syurga terpegun dan terpesona dengan kejelitaan Siti Hawa. Namun, Allah SWT jualah yang harus diberikan segala pujia-pujian. Jika manusia dan setiap makhluknya memiliki kecantikan, apatah lagi Allah SWT yang Maha Cantik dan Indah itu yang menciptakan segala sesuatu.

Subhaanallah...

9 FHADILAT MENDIDIK ANAK

9 FHADILAT MENDIDIK ANAK

1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,
nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya.

Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…



YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya Engkau telah takdirkan...
Dia BUKAN milikku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar jauh bayangannya ke dada langit...
Hilang bersama Senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah Yang Tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku...
Kerana Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hambamu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat nanti...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakan aku keturunan yang soleh...

Amin.. Ya Rabbal A'lamin....


=============================

HIMPUNAN HADIS DAN AYAT SUCI AL QURAN

PART 1

Dari Anas bin Malik rodhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Alloh subhanahu wa ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.”)[1]

Pengampunan Dosa
Seberapa pun besar dosa seseorang Alloh menjanjikan ampunan jika mau istigfar. Ampunan Alloh akan menyebabkan terhapusnya dosa. Terhapusnya dosa menyebabkan terhindar dari azab dunia dan azab akhirat.

Siapa yang mau istigfar ketika berdosa maka dosanya terhapus meski puluhan kali dia lakukan tiap harinya. Dan dia terbebas dari predikat orang yang terus menerus dalam dosa. Ini semua menunjukkan betapa besar dan luasnya rahmat Alloh pada hamba-Nya. Maka celakalah seorang hamba yang mengetahui luasnya rahmat Alloh namun dia tidak berusaha untuk meraihnya sehingga terhalang dari rahmat-Nya.


Semoga istigfar menjadi rutinitas kita sebagaimana rutinitas Nabi kita. Beliau dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali beristigfar.


PART 11

Bismillah: Assalam... Sejenak merenungi alam ini. Allah SWT hanya membenarkan kita duduk di sebuah planet yang ternyata cukup segalanya, yakni BUMI. BUMI adalah makhluk Allah dan di dalam makhluk (bumi) Allah itu ada makhluk lain yang Allah jadikan untuk duduk di dalamnya termasuklah MANUSIA. Maka, di dalam MANUSIA itu ada makhluk yang lebih kecil mendiami badan manusia.

Begitu juga Allah SWT menjadikan sistem suria untuk menghangatkan Bumi, mencipta planet2 lain yang mengorbit matahari untuk menstabilkan sistem planet kita, mencipta bulan sebagai peneman Bumi. Sistem solar kita berada bersama dengan sistem2 lain serta berjuta-juta bintang dalam gugusan BIMA SAKTI (Milky Way).

Manakala, BIMA SAKTI itu hanyalah sekecil semut di hadapan Allah SWT jika dibandingkan dengan sebesar ALAM SEMESTA yang menyimpan BERJUTA-JUTA lagi perkara yang serupa dengan BIMA SAKTI.

Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 JUTA bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.

Subhanallah, betapa kecilnya manusia ini.

p/s: Sila Share dan Like

PESANAN RASULLULLAH S.A.W

>Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua 

 “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


>Samada diam berfikir atau berhujah dengan ilmiah... 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Orang laki-laki yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala lagi suka bertengkar.”
(Hadis Riwayat Muslim)



>“ Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. 
Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- 
(Surah al Baqarah ayat 146)

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
 (Surah Al-Anfal 10)

“[Ingatlah] pada hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah kami akan ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya
.”Surah Al-Anbiya’ ayat 104.

MATI SHAHID

Muhammad Nabil Al Maghribi,

Peluru telah menembusi belakangnya semasa beliau dalam percubaan menyelamatkan seorang mangsa kecederaan di Ramsis, tetapi dia tidak dapat merasakan tembusan peluru itu dan hanya mengatakan kepada adiknya yang berada di tepi,

"Aku rasakan ada sesuatu yang panas dibelakangku, cuba tengok ada apa"

Adiknya sangat terkejut apabila melihat darah memenuhi belakang abangnya dan cuba untuk menyelamatkan beliau, tetapi beliau berkata,

"Sudah la wahai Ammar, la ilaha illallah"

sejurus itu ruhnya diangkat.

Maka benarlah Rasulullah bersabda "Seorang syahid itu tidak akan merasakan apa-apa dari pembunuhannya kecuali rasa seolah-olah seorang dari kamu digigit semut"

4 AMALAN RASULULLAH S.A.W

4 amalan Rasulullah s.a.w setelah bangun dari tidur.

1) Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda s.a.w akan menyapu mukanya dengan tangan. Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.
Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah s.a.w bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan, kemudian baginda s.a.w membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)

2) Baginda s.a.w berdoa yang bermaksud: Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)

3) Baginda s.a.w terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna. Dalam sebuah hadis yang bermaksud: Apabila Rasulullah s.a.w bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)

4) Baginda s.a.w akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Rasulullah s.a.w telah berkata: Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)

Jom sahabat semua kita sama-sama istiqamah amalkannya, semoga hidup kita diberkati & dipelihara serta dibuka seluasnya pintu-pintu rezeki. Amiin.

MANFAAT DAN KELEBIHAN

“Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Surah az-Zumar, ayat 42

Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?" 

(Al-Baqarah 2:170)


Dialog dua wanita ( yang Buka Aurat vs Tutup Aurat )

Aminah: Aku tetap nak buka aurat!
Khadijah: Aku tetap nak tutup.
Aminah: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
Khadijah: Ada orang kata tak cantik tutup?
Aminah: Buka ni fesyen.
Khadijah: Tutup still boleh berfesyen.
Aminah: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
Khadijah: Tutup – lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.
Aminah: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
Khadijah: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.
Aminah: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.

Khadijah: Ada aku kata kau tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

Aminah: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.

Khadijah: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila
minoriti yg mulut macam tu.

Aminah: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
Khadijah: Lebih indah di pandangan suami halal.
Aminah: Tak sedia lah nak tutup.

Khadijah: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.

p/s: SILA SHARE.. SEMOGA BERMANFAAT.

Saturday, November 24, 2012

MUDAH IKLAN : FASHION HANDBEG

MUDAH IKLAN : FASHION HANDBEG: 8881-PURPLE RM150 43371-RED RM150 43371-KHAKI COFFEE RM150 43371-COFFEE RM150 43371-BLUE RM150 ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...