Tuesday, February 1, 2011

Kelebihan Asmaul Husna

Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat berkongsi lagi 3 fadilat dari Asmaul Husna yang sangat indah ini.

Ya Ghaffar bermakna Maha Pengampun. Allah itu suka memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya dan juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan hambaNya yang dikehendaki. Jadikanlah Ya Ghaffar sebagai zikir harian, Insya-Allah, segala dosa2nya akan diampunkan. Seterusnya, sesiapa yang membaca Ya Ghaffar sebanyak 100 kali setelah usai solat Jumaat, Insya-Allah, Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.

Ya Qahhar membawa maksud Maha Menguasai. Amalkan membaca Ya Qahhar sebanyak 306 kali sehari semalam, dengan izin Yang Maha Esa, orang itu akan terhapus dari perasaan cintakan dunia & kehebatan sesuatu selain dari Allah s.w.t dan Allah akan membantunya menghadapi musuh2nya. Seandainya anda berhajat dengan untuk mendapatkan sesuatu, bacalah ya Qahhar sebanyak 100kali dan kemudaia berdoalah dengan menadah tangan dan mengangkat kepalanya serta berdoa dengan bersungguh2, Insya-Allah akan dikabulkan doa tersebut.

Allah itu Maha Pemberi, itulah maksud Ya Wahhab. Bacalah Ya Wahhab sebanyak 300 kali atau lebih setiap hari selepas mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, anda akan dikurniakan kekayaan, kehebatan & kebesaran.

Bersama-samalah kita mengamalkan Asmaul Husna ini dengan penuh istiqamah & keyakinan, Allah Maha Melihat & Mendengar, Insya-Allah semua doa dan harapan kita akan dikabulkan. Insya-Allah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...