9 FHADILAT MENDIDIK ANAK
1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan
satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke
dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli
barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,
nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di
Akhirat kelak.
4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu
agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia
turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut
diperolehinya.
5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda
Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada
seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi.”
6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang
sangat berhajat.
7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.
9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah
harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki
itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu,
ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan
kepada mereka yang menyayangi anaknya.
Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas.
InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment