Kenapa orang Islam sembah
bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama
lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah
maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah
bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya
bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah
bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke
arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah
Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan
bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok
perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola
la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di
dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi
itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok
ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv,
bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan
bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak
pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok
perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada
hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada
banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola
dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah
ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku
sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada
Allah.."
*silakan share*
p/s : Bila dah cukup sedia boleh
lah tunaikan kewajipan kita.
No comments:
Post a Comment